Thursday, September 20, 2018

Beli Handphone Baru

Assalammualaikum semua.

Ini lah saya idamkan dari dulu lagi.


Image result for i phone 6s full box


 Dengan menabung juga, kita boleh dapatkan sesuatu barang yang kita inginkan. Seperti contoh, macam saya dari dulu teringin menggunakan handphone jenama "I PHONE". One day, saya dapat tunaikan impian saya dengan menggunakan duit hasil tabung saya membeli handphone tersebut. walaupu  ianya hanya second hand tetapi saya berpuas hati kerana dapat memilikinya.

 Saya amat terharu kerana dapat memilikinya dan sampai sekarang saya menggunakannya untuk berhubung dengan keluarga, rakan rakan dan sesiapa juga. Yang saya tertarik minat dengan handphone jenama tersebut kerana ia banyak kelebihan daripada handphone jenama lain. "I PHONE" ini juga dapat mengenalpasti jika ia hilang atau ada orang yang mencurinya. Ianya juga dapat kesan dimana handphone tersebut berada.

Ohh yeee, before that, nak cerita juga, handphone yang pertama saya guna ialah jenama "SAMSUNG" iaitu parents saya belikan dan untuk beri kesenangan saya dan handphone tersebut juga hilang dan tak dapat dikesan dimana ia berada. lalu saya pasang satu niat untuk menabung dan capaikan apa yang saya nak beli. mulanya amat sukar saya buat lalu dengan satu niat akhirnya berjaya dan saya memilikinya. Alhamdulillah.

So you alls, ingat lah bahawa menabung sangat penting untuk kita. Bikan sahaja untuk kita membeli sesuatu tetapi jika suatu hari kita parents kita terdesak nak gunakan duit kita boleh membantu mereka. Jadi tiada masalah pun untuk kita takde duit. nak tak nak kena MENABUNG juga. Apa dia? Menabung. Oh yeahh, SELAMAT MENABUNG YOU ALLS.

Tips Menabung Pergi Travel Dengan Sahabat.

Assalammualaikum, hai



Okay, First Alls, benda ni boleh dibuat pada mereka yang betul-betul tekad nak menabung je hahaha, Sebab ia perlukan komitmen yang seterusnya tau.





Kata kuncinya adalah SEPAKAT. iaitu sepakat dengan kawan kawan untuk next trip kemana right? baru lah boleh menabung yeahh.

Sebenarnya idea ni kami terfikir untuk jalan jalan ke Melaka pada hujung sem. tetapi sebab masing-masing tak saving sangat time tu, banyak juga untuk kami perlukan guna duit pada awal sem. Tetapi kami decide untuk buat satu tabung untuk kami punya modal travel. Mulanya amat sukar untuk kami menabung tetapi Alhamdulillah dengan satu perkataan yang kami guna "SEPAKAT" so macam mana sekali pun kami wajib juga menabung tak dapat banyak siket lah kami masukkan ke dalam tabung. 

Dan, alhamdulillah. Kami berjaya untuk jalan-jalan cari makan di Melaka.

Keadaan MEE BESEN yang penuh orang.

MANGO FLOAT ROYALE MELAKA

MEE BESEN MELAKA

TALAM XXL, di MEE BESEN MELAKA

yeayy, Food Hunters


Ini wajah wajah SAHABAT yang berjalan dengan menggunakan duit tabung sahaja.





kami di Pantai Klebang





 Memang sukar kan untuk menyimpah, tetapi akhirnya kita juga dapat satu kepuasan iaitu berjalan dengan menggunakan duit simpanan di tabung masing masing. So sesama lah plan dengan kawan kawan korang untuk travel dengan menggunakan sistem Menabung. Hope semuanya happy yaa.



Dengan Menabung Boleh Buat Persiapan Khawin.

Assalamualaikum, hai korang! Hari ni nak share tips perkahwinan dengan menggunakan duit simpanan. Saya tak tau orang lain macam mana tapi aku dengan boyfriend Saya menabung untuk lepas kitaorang gradute nanti. Menabung ni bagus sebab nanti bila kita nak kahwin dah tak berhutang apa pun. Kalau terpaksa berhutang pun dalam kadar yang kecil. Sekadar menambah je nanti. Kitorang kalau boleh memang tak mau berhutang untuk kahwin sebab nanti lepas kahwin lagi banyak akan pakai duit menurut pengalaman kawan-kawan kami yang dah kahwin.

Kitorang start menabung masa kami masuk belajar. Aku decide untuk simpan duit lepas aku dapat elaun pertama. Start menabung sikit-sikit setakat mana yang termampu. Mula-mula berat jugak rasa tapi bertahan.Boyfriend i lagi terasa berat sebab dia kerja sambil belajar. Lunch kat luar agak mahal kan. Tapi kitorang sabar alhamdulillah tak berusik lagi duit tu. Cuma i je kadang-kadang pinjam RM100-RM200 hujung-hujung semester tapi bayar balik bila dapat elaun baru. 

Bagusnya menabung ni bila korang emergency nak pakai duit let say untuk maintenance kereta atau road tax tu, duitnya dah ada. Nanti monthly bayar lebih sikit untuk ganti balik duit yang dipinjam tu kan. Kadang-kadang rasa macam tergugat je hati bila tengok duit banyak dalam akaun. Tapi terpaksa tahan fikir masa depan. Kalau tak, memang dah rembat coach dah masa pergi SOGO hari tu. Haha. Untuk bakal tunang pun kitorang simpan duit jugak. So, masa shopping-shopping tu duitnya dah ada dah dalam tangan. Senang tak payah nak keluar duit sendiri selambak on the spot.

Bagi yang bakal berkahwin atau takda calon lagi tapi memang akan berkahwin, macam mana nak mula menabung ni? Ok, meh aku share sikit cara-caranya.

Tentukan anggaran kos perkahwinan
Ini perkara pertama korang kena buat. Korang kena tanya family sama ada majlis berasingan atau nak adakan majlis sekali. Bagi pasangan yang jauh memang confirmlah kan buat dua majlis berasingan tapi bagi pasangan yang dekat alangkah jimatnya andai dapat berkongsi mengadakan satu majlis sahaja. Lepas korang dah decide macam mana majlis tu nanti, tanya mak ayah korang kos mengadakan majlis tersebut. Kos perkahwinan terletak kepada berapa grand majlis tu bakal diadakan. Kebiasaannya untuk satu majlis anggaran kosnya adlah RM30,000.00 atau lebih.

Jumlah simpanan bulanan
Setelah korang mengetahui anggaran kos perkahwinan tersebut, mula mengira berapa anda mampu untuk menyimpan untuk setiap bulan. Tidak salah kiranya korang berkongsi dengan pasangan untuk menyimpan sedikit wang untuk majlis perkahwinan nanti. Sekurang-kurangnya beban tersebut tidak 100% tergalas di bahu pasangan. Lagipun lebih cepat anda kahwin sekiranya simpanan sudah mencukupi. tentukan berapa korang mampu menyimpan untuk dalam masa sebulan dan bila korang akan melangsungkan perkahwinan. Berikut adalah beberapa contoh yang korang boleh gunakan.

Anggaran kos perkahwinan : RM30,000

Cara pertama: RM 500 X 2 (anda dan pasangan) x 30 bulan = RM30,000
Dengan cara ini, korang dan pasangan akan menyimpan sebanyak RM500 setiap seorang setiap bulan selama 2 tahun 6 bulan untuk mencapai RM30,000

Cara kedua: RM 600 X 2 (anda dan pasangan)  X 25 bulan = RM30,000
Dengan cara ini, korang dan pasangan harus menyimpan sebanyak RM600 setiap seorang setiap bulan selama 2 tahun dan 1 bulan untuk mencapai RM30,000. Cara ini mungkin lebih cepat tetapi simpanan adalah sedikit tinggi.

Cara ketiga: RM 450 X 2 ( anda dan pasangan) X 18 bulan =  RM16,200
Cara ini lebih cepat, korang dan pasangan hanya perlu menyimpan sebanyak RM450 setiap seorang selama 18 bulan dan kos selebihnya ditanggung oleh ahli keluarga yang lain.

Tidak kira cara yang mana sekalipun, korang boleh menyimpan sekadar yang termampu. Tapi, dalam menyimpan ni kesabaran adalah perkara yang paling utama. Sebabnya, korang terpaksa mengorbankan sedikit wang untuk disimpan dalam jangka masa yang lama. Lagi pula, bila duit dah beranak dalam akaun tu, korang akan diuji nafsu untuk menggunakannya. Jadi, sila bersabar ye.

Simpan dalam akaun yang susah untuk keluarkan duit
Bila korang dah niatkan untuk menyimpan, buka satu akaun untuk simpanan kahwin tersebut. Korang boleh menyimpan samada dalam ASB atau Tabung Haji yang boleh mendapat pulangan dividen dari simpanan korang tu nanti ataupun simpan dalam bank biasa. Tapi kalau korang simpan dalam bank biasa, pastikan korang pakai buku simpanan instead of kad ATM. Kalau ada kad ATM ni selalulah nanti nak keluarkan. Kalau buku simpanan still boleh keluarkan tapi leceh sikitlah. Jadi, aku galakkan korang supaya simpan dalam amanah saham macam ASB supaya duit korang terjamin.

Keluarkan duit sedikit demi sedikit semasa berbelanja untuk persiapan perkahwinan
Masa nak beli barang-barang persiapan mestilah rasa excited kan? Semua benda pun nak beli. Jadi, untuk menghadkan rambang mata, Keluarkan duit simpanan sedikit demi sedikit supaya korang tak terbeli barang bukan-bukan. Siapakn list dan bergantung hanya pada list tersebut semasa berbelanja. Keluarkan duit pun berdasarkan list tersebut sahaja. Korang boleh survey dahulu barang-barang apa yang penting dan harganya then baru beli. Jangan survey masa tengah bawak duit banyak sebab dikhuatiri bajet akan lari. Berbalanjalah dengan bijak ye.

Cukuplah kot setakat tu, i nak share pulak tips nak meningkatkan simpanan.

Tips-tips untuk meningkatkan simpanan

Kurangkan berdating
Mungkin kedengaran agak kejam tapi sekiranya korang betul-betul dah nak kahwin apa salahnya kalau kurangkan berdating. Sekali dating dah berapa banyak perbelanjaan kat situ. Makan, shopping sikit, tengok wayang, minyak kereta/motor. Kurang-kurang pun dekat RM50 hingga RM100. Kalau dah sepuluh kali dah RM500-RM1000. Banyak tu. Jadi, kurang-kurangkan dating boleh jimat dan insyaAllah bertambah seri masa majlis nanti. Hehe.

Kurangkan bershopping
Ok, yang ni kalau shoppaholic memang agak payah sikit. Sebab, dorang ni memang kaki shopping. Nampak je barang baru mesti nak beli. Jadi, apa kata korang duduk je rumah setiap weekend jangan keluar. Kalau keluar pun jangan bawak duit banyak. Dengan itu, korang tak boleh bershopping barang yang tak diperlukan.

Makan di rumah
Biasanya kalau makan kat luar, paling koman pun sekali makan RM7-RM8. Dalam sebulan mau dekat RM300. Kalau korang masak kat rumah, boleh jimat banyak sangat. Dengan RM50, korang boleh beli beras, ikan, telur, sardin dan boleh bertahan seminggu atau 2 minggu. Di samping tu, korang boleh praktis memasak berguna untuk lepas kahwin nanti tau. Haa, apa lagi, belajarlah memasak sekarang.

Cari pendapatan sampingan
Sekarang dah ramai orang buat part time job untuk tambah pendapatan dorang. Korang pun boleh start buat bisnes korang sendiri. Cari apa-apa bisnes yang berkenan kat hati dan mula usahakannya. Korang boleh buat online bisnes atau jual secara direct. Gunakan kreativiti anda dalam berbisnes. 9?10 punca pendapatan adalah dari perniagaan. Jadi, korang boleh latih diri jadi usahawan selain menyimpan untuk kahwin. Serampang dua mata gitu. InsyaAllah, usaha korang akan diberkati jika niat baik.

okay done, semoga bermanfaat ye dekat korang. InShaAllah lepas gradute tak ada apa apa halagan kami ke step yang seterusnya. Doakan yang baik baik yaa semua. So? korang, ikut lah tips kami. In sha allah semuanya dipermudahkan.



Dengan Tabung Cantik, Kawan Join Sekali

Hello, 

 Saya ada kawan bernama Nurul Adilah, kawan paling rapat yang ada waktu susah senang. Dia hanya seorang sahaja yang memahami diri ini dan dia juga yang tahu saya bila saya tengah susah. Dia duduk satu bilik dari saya sem 1 hingga saya dah nak last sem ini. 


yeayy ini lah SAHABAT yang ada susah senang jatuh bangun saya, alhamdulillah saya dikurniakan SAHABAT yang sangat memahami di tempat belajar ini.

dia juga, salah seorang yang boleh tertarik dengan tips saya menanbung dan akhirnya dia pun menabung juga dengan tips saya share dekat dia. Nak tengok tak tabung dia? berbunga bunga tak hati you all tengok tabung dia? berbunga bunga tak nak menabung juga? mehh lahh semua kita memupuk amalan menabung bersama kan. InshaAllah sampai ke tua nanti kita akan terbiasa untuk menabung.

ini lah hasil tabung D.I.Y sahabat saya, cantik kan?

Jadi, Alhamdulillah. saya dapat juga mengajar kawan saya untuk menabung. yang lain? jom lah sama sama kita manfaatkan hobi menabung kita. inShaAllah berkesan untuk diri kita juga.

Cara Menabung Duit Yang Paling Berkesan.

Hi


Seberapa banyak yang kita earned setiap bulan dari pendapatan pun, mesti mesti mesti mesti ( rasa nak type 'mesti' banyak2 kali lagi sebab penting ) ada sebahagian dari income tu wajib disimpan untuk future planning ( business ). Kalau tak future planning pun, mungkin satu hari akan dilanda musibah dan perlukan wang. herrr. Musibah jatuh sakit atau berlaku kebakaran atau kereta rosak atau pintu bilik air tercabut ( eh ni contoh saja, tapi musibah boleh datang dalam banyak bentuk dan keadaan). At the end, semuanya perlukan duit simpanan untuk cover balik. 

Jadi perlulah MENABUNG ! 

Tapi ramai yang rasa susahnya lah nak menabung dengan gaya hidup sekarang yang serba modern dan serba macam2 benda di sekeliling yang buat kita tak tahan untuk memiliki.  Tapi selalunya lebih kepada LUPA . LUPA untuk menabung. ( lupa atau alasan hewwwwwhewww)

Cara menabung paling berkesan ....

Satu , beli tabung yang cantik dan nampak berseri2. Rasa macam nak guna je tabung tu tiap hari. Rasa sedih kalau tak masukkan duit dalam tabung yang cantik tuh. 

 Eh telefon ke tabung ? Comel kan. Rasa nak menyimpan hari2 tak sabar tunggu tabung penuh. Lepas tu letak pulak kat tempat yang I selalu lepak. Dressing table. 
Dua , letak dalam kawasan rumah yang selalu kita berada. Contoh, ruang mana yang anda selalu lepak di rumah ? Maybe di meja mekap. Sebelum tidur, belek muka dulu di dressing table. Hahh letak tabung tu kat atas dressing table tuh. So takkan lupa nak masukkan duit untuk simpanan harian. 

Tiga, tulis target di tabung tu. Apa target anda in life ? Maybe angan2 nak buka butik suatu hari nanti. Maybe nak pergi umrah di usia muda. tulis kat tabung tuh. Kalau target nak hantar mak ayah pergi haji, tampal gambar mak ayah kat tabung tuh. So akan motivate diri sendiri untuk menabung.

Apa target anda menabung ? I target nak kumpul 10k dalam masa setahun. Juga umrah dan mula business ! Bila tampal2 nota macam ni, kita akan jadi semangat untuk menabung sebab hari2 baca target tu di tabung cantik. 


Empat, jangan ada target amount. Contoh, bila time semangat berkobar2 terus target nak simpan 100 satu hari. Tapi sebenarnya membebankan diri. Jadi, biar amount yang mampu. Hanya simpan duit lebihan setiap hari. Maybe satu haru targte belanja RM20 saja untuk makan , so kalau ada lebih RM5 atau sekecil2 balance RM0.10 sen pun....takpe. 

Kalau RM2.70 balance yang tinggal untuk hari itu maka itu lah amount untuk ditabungkan. Jangan dream big, nanti cepat putus asa. Apa yang ada, masukkan saja hewwheww.

Susah ke nak menabung ?? hewheww

Tapi harga minyak dah naik woahh. Harga minyak naik, maksudnya segala harga barang yang lain pun naik. Nasi lemak bersama seketul ayam dah berapa ? 

WOAH WOAH WOAH.

Nasib baik McDonald's ada kempen Jimat-jimat McD sekarang nih ..



Beli Sausage McMuffin dengan Telur untuk hanya RM2.95 dari Isnin hingga Jumaat, 4 a.m. -11  a.m.

 Beli satu Ayam McCountry, percuma satu dari Isnin hingga Jumaat, 11 a.m. – 4 a.m.

 Beli tiga jenis set Happy Meal untuk hanya RM5.95 setiap satu dari Jumaat hingga Ahad, 11 a.m. – 4 a.m

Kalau macam ni punya jimat, dari belanja harian boleh save RM10 dalam tabung ! Woah !

Mari Jimat - Jimat bersama McDonald's ! Kempen untuk berjimat cermat !

Eh terus tabung I penuh. hewhew

Tabung Cantik, Duit Banyak :)



Hello gais, Assalammualaikum semua adik adik kakak.

 Haaaa, Korang mesti ada masalah kewangan kan? hehehe biasa lah gais kita sebagai students mesti banyak guna duit ;) btw, in sha allah dengan tips yang saya bagi ni boleh berkesan untuk diri kita semua. Kita menyimpan duit bukan sahaja untuk time kita susah tetapi, jeng jeng jeng, haaa lagi lagi student kan mesti lah nak create memory dengan kawan kawan kan haaa macam tuh juga saya. mesti ada niat nak gi travel sama sama dengan kawan kawan kan? takpee, jangan risau. korang boleh cipta satu tabung untuk korang menabung heheheh. Jadi? tak payah lah korang time nak travel baru nak menabung. haa senag bukan? korang just guna duit tabung yang korang simpan sahaja kan kan.

 Haaa okayy. Saya guna tips ni dari saya masuk belajar dekat KUIM lagi, Sebabnya kawan kawan banyak plan nak travel sana sini untuk create memory as students. Alhamdulillah dengan izin allah setakat ini apa yang kami rancang untuk berjalan semuanya berjaya. suka bukan? tanpa mintak parents duit tau. Just guna duit simpanan menabung sahaja. 

 Kalau korang nak menabung pucuk pangkal mesti hati gais. Mesti pasang satu niat yang betul. Macam belajar jugak kan, kita sambung belajar untuk apa? mesti untuk capaikan matlamat kita kan. Haaa, macam tuh jugak menabung gais. Nak menabung tak dapat banyak dapat sikit pun jadi lah untuk capai niat kita untuk berjalan dengan kawan kawan. Macam saya, setiap hari belanja makan saya hanya RM10 sahaja gais, tapi setiap balance wajib masuk tabung. Mesti korang pelik kan. Cukup ke? boleh ke makan makanan berat sekali? in sha allah boleh awak. Hehehe boleh kurus cepat ni hahahahahahaha. Macam saya, makan berat hanya tengahari sahaja. Pagi saya minum susu dan makan biskut. siapa cakap tak kenyang? kenyang lah awak. Ini boleh jaga keishatan juga kan. Macam saya wajibkan minum air putih 3 liter sehari. Dalam masa nak berjimat simpan duit, kita juga boleh jaga kesihatan kan.


                              

Sebelum tuh, lawa kan tabung comel saya hehehe tabung ni dari saya masuk belajar tau. Bermanfaat sangat untuk diri saya.